Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT (MDI) NEGERI PAHANG KE ATAS DATUK BANDAR KUANTAN

18 OGOS 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YH. Dato’ Zaliza bin Zulkipli, Datuk Bandar Kuantan di pejabat beliau, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
Delegasi MdI Negeri Pahang diketuai oleh Puan Haryati binti Abdullah, Pengarah Insolvensi Negeri Pahang.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai peranan dan perkhidmatan jabatan serta peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan, khususnya dalam penyampaian maklumat dan meningkatkan kesedaran masyarakat.
Kunjungan ini turut membuka ruang kepada kerjasama dan pelaksanaan program bersama antara MdI Negeri Pahang dan MBK pada masa akan datang.
Â