Galeri Foto
Photo Gallery
LARIAN SIHAT DAN CSR ALAM SEKITAR 2026 JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI SELANGOR
18 OGOS 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah mengadakan Program Larian Sihat dan CSR Alam Sekitar 2026 di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam.
Program yang disertai oleh warga MdI Negeri Selangor ini diisi dengan aktiviti riadah serta gotong-royong membersihkan kawasan tasik sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Turut hadir YM Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor, yang bersama-sama menjayakan program tersebut.
Program ini diharap dapat membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga MdI Negeri Selangor, di samping meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan serta pemeliharaan alam sekitar.

