Galeri Foto
Photo Gallery
MDI CAWANGAN MUAR ADAKAN SESI PERKONGSIAN SISTEM BAHARU SSM (CRS) DAN ID SSM4U
18 OGOS 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Muar telah mengadakan sesi perkongsian mengenai sistem baharu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), iaitu Corporate Registry System (CRS) serta penggunaan ID SSM4U.
Sesi perkongsian tersebut disampaikan oleh Encik Mohd Azlan bin Abdul Majid, Pengurus SSM Cawangan Muar bersama pasukan SSM Muar. Sesi ini memberi penerangan dan panduan kepada warga MdI Muar mengenai tatacara penggunaan serta pengendalian sistem baharu berkenaan.
Turut hadir Puan Intan Idzaja Hidayah binti Ab. Hafidz, Ketua Cawangan MdI Muar, bersama ketua-ketua unit dan warga MdI Muar.
Sesi ini diharap dapat membantu warga MdI Muar memahami penggunaan sistem tersebut dengan lebih baik dan seterusnya memudahkan urusan kerja berkaitan.
Â

