Galeri Foto

Photo Gallery

MDI KOTA KINABALU SERTAI PROGRAM MAHKAMAH BERGERAK DI KAMPUNG TIBABAR, RANAU

18 OGOS 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kota Kinabalu telah menyertai Program Mahkamah Bergerak di Kampung Tibabar, Ranau anjuran Mahkamah Negeri Sabah.
Penglibatan MdI merangkumi sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Marcellus Daimin, Pegawai Insolvensi, kepada Ketua-Ketua Adat Daerah Ranau serta pembukaan kaunter perkhidmatan bagi memberi penerangan dan khidmat nasihat berkaitan fungsi serta perkhidmatan MdI kepada masyarakat setempat.
Program ini turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan badan berkaitan yang menyediakan perkhidmatan serta maklumat secara terus kepada penduduk sekitar Ranau.
Penyertaan MdI dalam program ini diharap dapat membantu masyarakat mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan urusan insolvensi dengan lebih mudah, di samping mendekatkan perkhidmatan jabatan kepada masyarakat setempat.