Galeri Foto
Photo Gallery
MDI SIBU DIJEMPUT SAMPAIKAN CERAMAH KEBANKRAPAN KEPADA WARGA MAJLIS DAERAH LUAR BANDAR SIBU
18 OGOS 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Sibu telah dijemput oleh Majlis Daerah Luar Bandar Sibu untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Kebankrapan dan Kesan Kebankrapan Terhadap Individu” kepada warga kerja majlis.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Lee Van Melay, Pegawai Insolvensi MdI Sibu, dengan memberi penerangan berkaitan isu kebankrapan serta kesannya terhadap individu. Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh MdI.
Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Encik Ng Siang Wei, bersama warga kerja majlis.
MdI Sibu merakamkan penghargaan kepada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu atas jemputan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

