Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS BERSAMA BAHAGIAN PENCEN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DAN KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) (KWAP)

18 OGOS 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) di MdI Negeri Selangor.
Sesi yang dipengerusikan oleh Pengarah Insolvensi Negeri Selangor, YM Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail ini membincangkan beberapa perkara berkaitan urusan bayaran pencen bagi kes di bawah pentadbiran MdI serta penyelarasan proses kerja antara agensi yang terlibat.
Sesi libat urus ini turut memberi ruang kepada ketiga-tiga pihak untuk bertukar pandangan dan mendapatkan penjelasan berhubung isu berkaitan, sekali gus membantu melancarkan urusan serta kerjasama antara MdI Negeri Selangor, Bahagian Pencen JPA dan KWAP.