Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS MDI NEGERI TERENGGANU BERSAMA MAHKAMAH KUALA TERENGGANU

18 OGOS 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Terengganu telah mengadakan sesi libat urus bersama Mahkamah Kuala Terengganu bagi membincangkan perkara berkaitan pengendalian dan penyelesaian kes di bawah pentadbiran MdI.
Sesi tersebut turut menjadi ruang untuk kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan prosedur serta pengurusan aset, selain membincangkan kaedah bagi melancarkan tindakan susulan terhadap arahan dan keputusan mahkamah.
MdI Negeri Terengganu diketuai oleh Puan A’tifah binti Ibrahim, Pengarah Insolvensi Negeri Terengganu, manakala Mahkamah Kuala Terengganu diwakili oleh Tuan Azman bin Mustapha, Pengarah Mahkamah Kuala Terengganu.
Sesi libat urus ini diharap dapat meningkatkan penyelarasan antara kedua-dua pihak serta membantu melancarkan urusan berkaitan kes insolvensi.