Galeri Foto

Photo Gallery

BENGKEL PENYERAGAMAN PELAKSANAAN MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) DAN ARAHAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI (AKPI) UNIT PENGURUSAN ASET INSOLVENSI (UPAI)

19-22 Januari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menganjurkan Bengkel Penyeragaman Pelaksanaan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Arahan Ketua Pengarah Insolvensi (AKPI) Unit Pengurusan Aset Insolvensi (UPAI) yang berlangsung pada 19 hingga 22 Januari 2026 sebagai langkah memastikan pelaksanaan prosedur kerja yang lebih seragam dan berkesan di seluruh negara.
Bengkel ini melibatkan penyertaan 50 orang pegawai Unit Aset dari seluruh cawangan MdI dan bertujuan memurnikan pelaksanaan MPK serta Arahan Ketua Pengarah Insolvensi (AKPI) UPAI bagi memudah cara operasi penghasilan dan pengurusan aset Jabatan Insolvensi Malaysia secara lebih sistematik dan terselaras.
Selain itu, penganjuran bengkel ini turut menjadi platform pertemuan kali pertama yang menghimpunkan semua pegawai Unit Aset MdI, sekali gus memperkukuh kefahaman bersama, perkongsian amalan terbaik serta penyelarasan pelaksanaan tugas di peringkat operasi.
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi (Pengurusan) yang menekankan kepentingan pematuhan terhadap MPK dan AKPI sebagai asas kepada tadbir urus pengurusan aset yang cekap, telus dan berintegriti.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menyeragamkan pelaksanaan dasar dan prosedur pengurusan aset insolvensi di seluruh cawangan.