Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT MDI NEGERI KELANTAN KE PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN
19 OGOS 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan pada 19 Ogos 2026.
Delegasi MdI Negeri Kelantan diketuai oleh Pengarah Insolvensi Negeri Kelantan, Tuan Mohd Izuddin bin Mohd Shukri dan telah disambut oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Tuan Zawawi bin Ghazali.
Kunjungan ini menjadi ruang bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai perkara berkaitan perundangan dan urusan jabatan, di samping meneruskan hubungan kerjasama antara MdI Negeri Kelantan dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan.

