Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT MDI KELANTAN KE SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) NEGERI KELANTAN
20 JULAI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan yang diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Izzudin bin Mohd Shukri, Pengarah Insolvensi Negeri Kelantan.
Kunjungan tersebut diadakan sebagai platform untuk mengadakan perbincangan serta mengeratkan hubungan kerjasama antara MdI Negeri Kelantan dan SSM Negeri Kelantan. Sesi ini turut membuka ruang kepada kedua-dua agensi untuk bertukar pandangan berkaitan urusan yang melibatkan kepentingan bersama bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
MdI berharap jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan demi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Â

