Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM BRISKWALK BERSAMA KAKITANGAN MDI JOHOR BAHRU

20 JULAI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Johor Bahru telah menganjurkan Program Briskwalk yang melibatkan penyertaan kakitangan jabatan di sekitar Bandaraya Johor Bahru. Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga jabatan. Objektif ini program menekankan kesejahteraan dan kebersamaan warga kerja.
Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi. Aktiviti berjalan cergas ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah menyediakan ruang interaksi yang lebih santai antara kakitangan di luar suasana kerja harian.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai salah satu inisiatif meningkatkan kesejahteraan serta produktiviti warga MdI Johor Bahru.
Â