Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM LITERASI KEWANGAN KUPAS IMPAK KEBANKRAPAN DAN DASAR PELUANG KEDUA
20 MEI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah menganjurkan Program Literasi Kewangan, Impak Kebankrapan dan Dasar Peluang Kedua Tahun 2026 pada 20 Mei 2026 yang menyasarkan penjawat awam Kementerian Pendidikan Negeri Selangor serta guru-guru di negeri tersebut.
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan pengurusan kewangan, implikasi kebankrapan serta kepentingan kesedaran kewangan dalam kalangan warga pendidik agar tidak terjebak dengan masalah keberhutangan yang serius.
Antara pengisian utama program ialah sesi forum yang dikendalikan oleh Encik Wan Zayuhisham bin Wan Yusoff, Guru Besar SK Taman Bukit Subang sebagai moderator. Forum tersebut menampilkan Tuan Roslizi Sulaiman, Timbalan Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan, Jabatan Insolvensi Malaysia serta Irin Putri Azmi, Penerbit Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad sebagai panel jemputan.
Turut berlangsung sesi taklimat mengenai Pengurusan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Tuan Mohd. Fairuz Azizi bin Abdullah, Ketua Unit Integriti, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Program ini merupakan siri pertama anjuran Jabatan Insolvensi Negeri Selangor bagi tahun 2026 dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Insolvensi Negeri Selangor, YM Puan Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail serta seluruh urus setia yang telah menjayakan penganjuran program ini.
Â

