Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI MALAYSIA KE MDI NEGERI SARAWAK
20 OKTOBER 2026
Kuching, 20 Oktober 2026 – YBrs. Tuan Abu Bakar bin Manat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Sarawak.
Ketibaan beliau bersama delegasi telah disantuni oleh Puan Adibah Husna binti Zainal Abidin, Pengarah Insolvensi Negeri Sarawak.
Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat dan pembentangan mengenai pengurusan serta operasi MdI Sarawak, diikuti amanat daripada YBrs. Tuan Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Beliau turut melawat ruang pejabat di Tingkat 1 dan Tingkat 4 bagi melihat sendiri persekitaran kerja serta pelaksanaan tugas harian pegawai dan kakitangan MdI Sarawak.
Lawatan ini turut memberi ruang kepada beliau untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai operasi dan pengurusan MdI Sarawak.

