Galeri Foto
Photo Gallery
MDI NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TERIMA PENARAFAN 5 BINTANG BAGI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERAKAUNAN PTJ JPM TAHUN 2025
20 OKTOBER 2026
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐌𝐝𝐈 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝟓 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor dan Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas kejayaan memperoleh Penarafan 5 Bintang bagi Amalan Terbaik Pengurusan Perakaunan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2025.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Hadir menerima anugerah ialah Puan Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor dan Puan Nurul Ainna binti Ahmad, Pengarah Insolvensi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga MdI Negeri Selangor dan Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi dorongan untuk terus mengekalkan prestasi terbaik dalam pengurusan kewangan dan perakaunan jabatan.

