Galeri Foto
Photo Gallery
KURSUS PEMANTAPAN BUKTI HUTANG DAN PERTUBUHAN YANG DIBATALKAN
21-23 Oktober 2025
Bahagian Likuidasi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Bukti Hutang dan Pertubuhan yang Dibatalkan. Kursus selama tiga hari ini telah diadakan di Ibis Hotel Kuala Lumpur City Centre pada 21 hingga 23 Oktober 2025.
Kursus ini menghimpunkan pegawai-pegawai Bahagian Likuidasi dari Ibu Pejabat serta semua cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia. Objektif utamanya adalah untuk memperkukuh kefahaman dan menyeragamkan tatacara pengendalian perakuan bukti hutang, di samping memperkemas pengurusan pentadbiran pertubuhan yang dibatalkan di seluruh negara.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi (TKPI), dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohd Mukhzany Fariz bin Mohd Mokhtar, Pengarah Insolvensi Bahagian Likuidasi.
Antara pengisian utama kursus termasuklah:
• Taklimat oleh Tuan Nurul Azhar bin Husin, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Negeri Selangor. Beliau menyentuh aspek pematuhan undang-undang dalam pentadbiran pertubuhan yang dibatalkan serta perbincangan isu-isu pentadbiran berkaitan pertubuhan, termasuk yang melibatkan rumah ibadat.
• Taklimat Teknikal Perakuan Bukti Hutang oleh Puan Fiona Foong Jun Lyn dari PwC Malaysia. Beliau berkongsi pengalaman berhubung pengendalian perakuan bukti hutang dari perspektif Penyelesai Yang Diluluskan (Approved Liquidator). Beliau turut menyentuh mengenai pendigitalan sistem Borang Bukti Hutang sebagai langkah penambahbaikan proses pentadbiran.
Kursus ini bukan sekadar platform latihan teknikal, malah menjadi medan penyelarasan kefahaman, pemantapan tatacara kerja, dan perkongsian amalan terbaik antara Ibu Pejabat dan cawangan-cawangan MdI.
Melalui sesi perkongsian dan perbincangan sepanjang kursus ini, diharapkan kecekapan pegawai-pegawai dalam pengurusan fail syarikat yang digulungkan dan pentadbiran pertubuhan yang dibatalkan dapat terus ditingkatkan. Usaha ini secara langsung menyokong matlamat Jabatan ke arah tadbir urus profesional, efisien, dan berintegriti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#jabataninsolvensimalaysia
#uuri
#likuidasi