Galeri Foto
Photo Gallery
SESI KUNJUNGAN DAN LIBAT URUS ANTARA MDI CAWANGAN TAIPING DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG) CAWANGAN TAIPING
22 MEI 2026
MdI Taiping telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Cawangan Taiping yang diwakili oleh Ketua Cawangan, Puan Fadzlin Nuramalina Shafie, dan Pembantu Eksekutif, Puan Adibah Husna Badrol Hisham. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Puan Nur Nabilah Hanim Mohd Noor Hakim, Ketua Cawangan MdI Taiping.
Sesi kunjungan dan libat urus ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan strategik serta memperkukuh kerjasama antara kedua-dua agensi. Pertemuan ini juga menjadi platform bagi perkongsian maklumat, pertukaran pandangan, dan pengalaman, yang secara tidak langsung memberikan impak positif ke arah hubungan yang lebih erat antara MdI Taiping dan JBG Taiping.
Â

