Galeri Foto

Photo Gallery

PEMBUKAAN RERUAI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI JOHOR SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) 2026

22 OGOS 2026

Pada 22 Ogos 2026, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor telah menyertai Program MADANI Kita (PMK) 2026 yang berlangsung di Dewan Raya, Taman Desa Skudai, Johor.
Sepanjang program berlangsung, MdI Negeri Johor telah membuka reruai pameran bagi memberikan penerangan dan informasi kepada pengunjung mengenai peranan, fungsi serta perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan, khususnya berkaitan urusan insolvensi dan kebankrapan.
Turut disediakan ialah perkhidmatan carian kebankrapan dan carian penggulungan syarikat secara percuma kepada orang awam. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan penjelasan serta panduan secara terus daripada pegawai MdI berhubung perkara berkaitan perkhidmatan jabatan.
Penyertaan MdI Negeri Johor dalam program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan dan perkhidmatan MdI, di samping mendekatkan jabatan dengan komuniti setempat.