Galeri Foto

Photo Gallery

PENGARAH INSOLVENSI NEGERI SELANGOR TAMPIL SEBAGAI PANEL JEMPUTAN DALAM PROGRAM BICARA SEMASA TERBITAN MEDIA SELANGOR

22 OKTOBER 2026

Puan Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor telah tampil sebagai panel jemputan dalam rakaman program Bicara Semasa terbitan Media Selangor.
Menerusi topik “Bankrap: Masih Ada Harapan untuk Bangkit?”, beliau berkongsi penerangan mengenai isu kebankrapan, peranan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) serta peluang bagi individu bankrap untuk mendapatkan pelepasan dan membina semula kehidupan.
Program yang dikendalikan oleh pengacara Nizam Arifin ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman masyarakat bahawa kebankrapan bukanlah pengakhiran dan masih terdapat ruang untuk individu yang terlibat memulihkan kedudukan kewangan mereka.