Galeri Foto
Photo Gallery
SESI PERBINCANGAN ANTARA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN TERENGGANU
22 OKTOBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Delegasi MdI diketuai oleh YBrs. Tuan Abu Bakar bin Manat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, bersama Puan Fajrul Shihar binti Abu Samah, Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan dan Puan A’thifah binti Ibrahim, Pengarah Insolvensi Cawangan Terengganu.
Sesi perbincangan bersama YBhg. Dato’ Haji Ab Rasid bin Jusoh, Pengarah PTG Terengganu, memfokuskan kepada urusan pentadbiran harta kebankrapan, khususnya pendaftaran dan pembatalan kaveat, carian rasmi hak milik tanah serta pengurusan aset kebankrapan.
Pertemuan ini turut menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik dan penyelarasan antara kedua-dua agensi bagi memastikan urusan pentadbiran harta kebankrapan dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan berkesan.

