Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS SANTUNAN MESRA AIDILFITRI YB DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) TAHUN 2024
23 April 2024
Majlis Santunan Mesra Aidilfitri YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) telah berlangsung jam 11.30 pagi bertempat di Laman Hijau dan Lobi Bangunan Hal Ehwal Undang-undang, JPM dengan tema pada tahun ini yang berkonsepkan klasik.
Di samping menyantuni para tetamu yang hadir, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said sempat meluangkan masa untuk melawat gerai-gerai sekitar yang mewakili agensi dan jabatan di bawah Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) bagi santapan juadah Aidilfitri pada kali ini. YB Menteri turut berbesar hati bagi menyampaikan hadiah buat pemenang Gerai Terbaik dan Busana Tercantik sebagai penutup acara bagi majlis tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan majlis pada hari ini.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

