Galeri Foto
Photo Gallery
SESI TEMU KENAL BERSAMA SEORANG INDIVIDU BANKRAP
23 Januari 2025
📍 Lokasi: Pekan, Pahang
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuantan, Pahang telah menjalankan sesi temu kenal bersama seorang individu bankrap yang mengalami masalah kesihatan serius iaitu lumpuh akibat strok sejak beberapa tahun lalu.
Individu ini tidak dapat menguruskan diri sendiri dan kini dijaga sepenuhnya oleh dua orang ahli keluarganya. Kerjasama yang baik telah diberikan oleh ahli keluarga bagi membantu pengurusan kes ini.
MdI terus komited untuk memastikan kebajikan individu bankrap diberi perhatian, agar mereka dapat dibantu dan urusan pentadbiran kes mereka dipermudah.