Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE PEJABAT MDI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

23 SEPTEMBER 2026

YBrs. Tuan Abu Bakar bin Manat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Insolvensi Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MdI WPKL) pada 23 September 2026.
Ketibaan beliau bersama Pengarah-Pengarah Bahagian telah disantuni oleh Puan Nurul Ainna binti Ahmad, Pengarah Insolvensi Negeri bersama pegawai dan kakitangan MdI WPKL.
Lawatan kerja tersebut merangkumi sesi pembentangan operasi MdI WPKL serta tinjauan ke ruang pejabat bagi melihat secara dekat pengurusan dan operasi cawangan, khususnya berkaitan kebankrapan, penggulungan syarikat, pendaftaran aset serta pengurusan aduan awam.
Lawatan ini turut memberi ruang kepada pihak cawangan untuk berkongsi perkara berkaitan operasi dan mendapatkan pandangan serta arahan bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan jabatan.
Â