Galeri Foto

Photo Gallery

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH INSOLVENSI 2025

24 Januari 2025

📍 Dewan Damar Sari, Putrajaya

Majlis Amanat Ketua Pengarah Insolvensi 2025 ini telah dianjurkan sebagai wadah untuk Ketua Pengarah Insolvensi bertemu dengan warga MdI bagi menyampaikan aspirasi dan hala tuju jabatan.

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚:
✅ Pencapaian Tahun 2024:
Pelepasan 176,851 kes kebankrapan, melangkaui sasaran yang telah ditetapkan melalui Dasar Peluang Kedua.

✅ Dasar Peluang Kedua 2.0:
Perluasan skop untuk penyelesaian kes individu dan syarikat dengan garis masa yang lebih singkat.

✅ Pendigitalan & Teknologi:
Komitmen jabatan untuk memodenkan pentadbiran dengan pendigitalan dokumen dan pengurusan aset yang lebih cekap.

“𝚃𝚊𝚑𝚞𝚗 𝟸𝟶𝟸𝟻 𝚊𝚍𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚖𝚊𝚜𝚊 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚜𝚎𝚖𝚞𝚊 𝚖𝚎𝚕𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚑 𝚕𝚎𝚋𝚒𝚑 𝚓𝚊𝚞𝚑, 𝚋𝚎𝚛𝚊𝚗𝚒 𝚋𝚎𝚛𝚞𝚋𝚊𝚑, 𝚍𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚛𝚞𝚜 𝚖𝚊𝚓𝚞 𝚔𝚎 𝚑𝚊𝚍𝚊𝚙𝚊𝚗 𝚍𝚎𝚖𝚒 𝚖𝚎𝚗𝚌𝚊𝚙𝚊𝚒 𝚊𝚜𝚙𝚒𝚛𝚊𝚜𝚒 𝙺𝚎𝚛𝚊𝚓𝚊𝚊𝚗 𝙼𝚊𝚍𝚊𝚗𝚒.” – 𝙺𝚎𝚝𝚞𝚊 𝙿𝚎𝚗𝚐𝚊𝚛𝚊𝚑 𝙸𝚗𝚜𝚘𝚕𝚟𝚎𝚗𝚜𝚒

Majlis Turut Dihadiri Oleh:
YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi
YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pengarah-Pengarah Insolvensi Negeri
Ketua-Ketua Cawangan