Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM JELAJAH INSOLVENSI JOHOR – BANTUAN KASIH INSOLVENSI
26 Februari 2026
Program Jelajah Insolvensi Johor – Bantuan Kasih Insolvensi
26.2.2026 (Khamis)
Tempat: Kampung Tanjung Serindit, Pengerang, Johor
Bantuan Kasih Insolvensi merupakan salah satu aktiviti dalam Program Jelajah Insolvensi Johor Bahru. Sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan kurang berkemampuan dan mereka yang diuji dengan kesempitan hidup yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, dan OKU. Sehubungan itu, MdI Johor Bahru mengambil inisiatif menyumbangkan kotak makanan bagi membantu meringankan beban harian mereka.
Turut hadir dan menyampaikan kotak makanan tersebut ialah Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Pengarah Insolvensi Johor, Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin, Pengurus Pusat Khidmat Parlimen Pengerang, Tn Haji Mohd Syahrin bin Hj Rosmin dan Ketua Kampung Tg Serindit, Tn Hj Kamsani bin Abdul Rahman dan beberapa orang pegawai Unit Komunikasi Korporat MdI Johor Bahru.
Semoga dengan sumbangan ini dapat membawa sinar harapan dan mengurangkan kesulitan yang ditanggung oleh para penerima.

