Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM JELAJAH PENGERANG INSOLVENSI JOHOR BAHRU - BANTUAN KASIH INSOLVENSI KG. BAKAR BATU, JOHOR BAHRU, JOHOR

27 Februari 2026

27 Februari 2026
Lokasi: Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor
Bantuan Kasih Insolvensi merupakan salah satu pengisian dalam Program Jelajah Insolvensi Johor Bahru, yang dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan kurang berkemampuan serta individu yang sedang berhadapan dengan kesempitan hidup, khususnya warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU).
Melalui inisiatif ini, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Johor Bahru telah menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada para penerima sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup serta perbelanjaan harian mereka.
Turut hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut ialah Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri; Pengarah Insolvensi Johor, Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin; Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru, Cik Rianti binti Masjul; Ketua Ranting, Encik Hashim bin Ali; Setiausaha Ranting, Tuan Haji Shaifulazmi bin Haji Muslan; serta beberapa pegawai Unit Komunikasi Korporat MdI Johor Bahru.
Diharapkan agar sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada para penerima, di samping menyuntik semangat serta harapan dalam meneruskan kehidupan seharian.