Galeri Foto

Photo Gallery

GOTONG-ROYONG KAMPUNG ANGKAT MADANI BHEUU

27 Julai 2024

Usai persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pengerang, petang semalam saya dan warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM (BHEUU) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Zamri Misman, Ketua Pengarah BHEUU telah melaksanakan aktiviti gotong-royong di Kampung Bukit Buloh, Pengerang yang merupakan Kampung Angkat MADANI BHEUU.

Program ini adalah susulan kepada peluncuran Kampung Angkat MADANI yang saya rasmikan pada bulan Jun lalu. Dalam majlis tersebut juga, saya telah menyerahkan surat lantikan sebagai kontraktor bagi kerja-kerja di bawah skop projek Kampung MADANI kepada lebih daripada 10 syarikat tempatan. Antara projek yang terlibat termasuk projek baikpulih jalan, pemasangan lampu solar, menaiktaraf surau dan masjid, baikpulih bumbung dan dinding rumah, pembinaan pintu gerbang dan pemasangan papan tanda dan lanskap.

Turut menerima sijil adalah pegawai BHEUU dan Keluarga Angkat mereka di Kampung Bukit Buloh dalam program keluarga angkat bagi menjalin silaturahmi di antara agensi kerajaan dengan masyarakat tempatan. Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Tuan Aznan, EXCO Pendidikan Johor merangkap ADUN Tanjung Surat, YB Puan Fauziah, ADUN Bandar Penawar,Puan Nur Azlin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU dan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.