Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM BICARA INTEGRITI : PENGUKUHAN NILAI ADAB, HORMAT DAN PENOLAKAN BULI DI TEMPAT KERJA ANJURAN MDI JOHOR BAHRU
28 APRIL 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Johor Bahru telah menganjurkan Program Bicara Integriti yang dihadiri kira-kira 100 orang pegawai dan kakitangan. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fauzi bin Bahren, Pegawai Pengesahan Integriti dari Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Taklimat ini memberi penekanan terhadap tiga aspek utama iaitu amalan adab, budaya hormat-menghormati serta penolakan sebarang bentuk buli di tempat kerja.
Penceramah turut menegaskan bahawa komunikasi yang sopan dan disiplin yang tinggi merupakan elemen penting dalam membentuk imej profesional jabatan.
Selain itu, persekitaran kerja yang bebas daripada amalan buli juga dilihat sebagai faktor penting dalam memastikan kesejahteraan warga kerja serta meningkatkan produktiviti organisasi. Program ini diharapkan dapat memperkukuh nilai integriti dalam kalangan warga MdI ke arah mewujudkan suasana kerja yang lebih sihat, harmoni dan kondusif.
Â

