Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) CAWANGAN IPOH
29 Disember 2025
29 Disember 2025 – YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Ipoh hari ini.
Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Puan Adibah binti Abdul Kadir, Pengarah Insolvensi Negeri Perak.
Dalam rangka lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah meluangkan masa meninjau ruang kerja dan bilik fail bagi memantau pengurusan rekod serta keadaan operasi semasa cawangan.
Seterusnya, Puan Adibah binti Abdul Kadir telah menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan pembentangan ringkas berkaitan pengurusan, operasi dan pentadbiran MdI Cawangan Ipoh kepada YBhg. Dato’ Ketua Pengarah.
Kemuncak lawatan menyaksikan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah menyampaikan amanat mengenai hala tuju Jabatan. Beliau menekankan kepentingan pendigitalan perkhidmatan, pelaksanaan Dasar Peluang Kedua, serta usaha berterusan untuk memperkasakan kecekapan pengurusan di peringkat cawangan.
Satu mesyuarat ringkas turut diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan operasi pentadbiran, Kebankrapan dan Likuidasi, selain memperhalusi tindakan susulan yang perlu diambil bagi mendepani cabaran sedia ada.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Insolvensi, Bahagian Dasar dan Perundangan, serta Puan Zulaaikha binti Mohd Apandi, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Insolvensi.
#MdIIpoh
#JabatanInsolvensiMalaysia
#UURI
#MalaysiaMADANI