Galeri Foto
Photo Gallery
SOROTAN KONVENSYEN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA 2024
30 Januari 2024
Sorotan Konvensyen Jabatan Insolvensi Malaysia 2024 bertempat di Dewan Maksak, Presint 14, Putrajaya pada 30 Januari 2024.
Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 disampaikan oleh YBrs. Tuan M.Bakri Bin Abd Majid (Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia) telah diadakan pada 30 Januari 2024 (Selasa) di Dewan Maksak, Putrajaya petang tadi. Perutusan Amanat ini membentangkan Pencapaian Inisiatif Tahun 2023 dan Cadangan Pelaksanaan Tahun 2024 serta Hala tuju reformasi Institusi Kerajaan Perpaduan semasa ucapan tersebut. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama seluruh warga MdI. Turut hadir ialah YBrs Puan Azwarnida Binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi dan YBhg. Dato’ Che Sukri Bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).