Galeri Foto
Photo Gallery
KETUA PENGARAH INSOLVENSI MALAYSIA TINJAU KELANCARAN PROSES PENAMAAN CALON PRU DUN MELAKA KE-16
31 OKTOBER 2026
31 Oktober 2026 | Sabtu
YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia telah hadir ke Bilik Gerakan Utama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi meninjau kelancaran urusan sempena Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-16.
Turut hadir, YBrs. Tuan Abu Bakar bin Manat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Seramai 28 pegawai Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah ditugaskan di Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi melaksanakan semakan status kebankrapan calon yang bertanding.
Secara keseluruhannya, penugasan pegawai MdI berjalan lancar tanpa sebarang isu atau gangguan sistem sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

