Galeri Foto
Photo Gallery
CERAMAH KEBANKRAPAN DAN BANTUAN KASIH SEMPENA JELAJAH PENGERANG MDI NEGERI JOHOR
5 MEI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor telah mengadakan program Ceramah Kebankrapan dan Bantuan Kasih sempena Jelajah Pengerang MdI Johor yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk, Johor.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Siti Rahayu binti Alias, Pegawai Insolvensi MdI Johor, melibatkan penyampaian maklumat berkaitan definisi kebankrapan, implikasi kebankrapan terhadap penjawat awam, peranan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) serta Dasar Peluang Kedua.
Program turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan literasi kewangan dan pemahaman terhadap isu-isu kebankrapan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam.
Selain sesi ceramah, program ini turut diserikan dengan penyerahan Bantuan Kasih kepada penerima yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan sosial jabatan terhadap komuniti setempat.
Â

