Galeri Foto

Photo Gallery

NAZIRAN SEMAKAN KERTAS SIASATAN DAN ILMAF DI MDI TERENGGANU

5 MEI 2026

Naziran Semakan Kertas Siasatan dan Insolvency Loose Minute Actions File (ILMAF) oleh Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan (BPP) MdI Ibu Pejabat telah dilaksanakan di MdI Terengganu.
Naziran ini bertujuan mengenal pasti fail-fail siasatan yang boleh ditutup dan dilupuskan susulan arahan Non-Further Action (NFA) yang hanya boleh dikeluarkan oleh Ibu Pejabat. Selain itu, semakan turut dilaksanakan bagi memastikan ketepatan data kertas siasatan serta membantu cawangan memberi fokus kepada kes-kes semasa yang boleh diambil tindakan secara lebih efisien.
Di samping itu, naziran ini juga bertujuan mengenal pasti isu dan permasalahan berkaitan operasi penyiasatan dan penguatkuasaan di peringkat cawangan serta meneliti cadangan penambahbaikan dan penyelesaian yang lebih sistematik.
Â