Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS BERSAMA KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF)
5 MEI 2026
5 Mei 2026 | Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan satu Sesi Libat Urus bersama Kementerian Kewangan (MOF) bagi mendapatkan khidmat nasihat serta input berhubung cadangan pemerbadanan MdI sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi, dan turut dihadiri oleh delegasi MOF yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Stanley Tan, Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Dasar, Kewangan dan Keselamatan).
Sesi pembentangan oleh pihak MdI telah disampaikan oleh Tuan Nik Syahril Nik Ab Rahman, Pengarah Insolvensi (Bahagian Dasar dan Perundangan).
Perbincangan tersebut memberi tumpuan khusus kepada aspek dasar, implikasi kewangan, serta hala tuju pelaksanaan. Langkah ini bertujuan memastikan cadangan pemerbadanan tersebut dapat direalisasikan secara terancang dan berkesan.

