Galeri Foto

Photo Gallery

SESI PERKONGSIAN BERKAITAN PENGENDALIAN PERTUBUHAN DIBATALKAN PENDAFTARAN

5 MEI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Sibu telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena Program #ros_care Bil. 1/2026 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Sarawak.
Sesi ceramah bertajuk “Pengenalan Kepada Pertubuhan Yang Dibatalkan Pendaftaran” itu telah disampaikan oleh Puan Jennifer Binti Melian, Ketua Unit Likuidasi MdI Sibu. Program ini dihadiri oleh kira-kira 120 peserta yang terdiri daripada wakil pertubuhan berdaftar di sekitar Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peranan MdI, selain meningkatkan pemahaman peserta dalam mengendalikan pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.