Galeri Foto

Photo Gallery

TAKLIMAT KEBANKRAPAN SEMPENA PROGRAM “POKET TENANG, JIWA LAPANG” ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU.

5 MEI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Terengganu telah dijemput untuk menyampaikan taklimat dalam Program “Poket Tenang, Jiwa Lapang”: Psikologi Mengurus Kewangan Penjawat Awam Tahun 2026 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Sesi taklimat yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman tersebut telah disampaikan oleh Puan Nuridhuanah binti Md Shah, Pegawai Insolvensi Kanan II, melalui tajuk ceramah “Prosedur dan Kesan Kebankrapan”.
Program ini dihadiri oleh kira-kira 500 penjawat awam dari seluruh negeri Terengganu. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan mendalam mengenai prosedur serta implikasi kebankrapan, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah dalam kalangan peserta.