Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM BUAL BICARA INTEGRITI APMM TAHUN 2024
7 Mac 2024
Jabatan Insolvensi Malaysia telah dijemput menyertai dan menjadi panel jemputan bagi Program Bual Bicara Integriti APMM Tahun 2024 dianjurkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang berlangsung secara fizikal dan dalam talian di Ibu Pejabat Maritim Putrajaya.
Tajuk Bual Bicara :Pengurusan Kewangan Peribadi dalam kalangan Penjawat Awam telah disampaikan oleh Puan Zarina binti Alias, Pegawai Insolvensi Utama, Jabatan Insolvensi Malaysia. Bicara Integriti tersebut telah diterajui oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Integriti, Ustaz Mohd Ariffin bin Ramdzan sebagai moderator bersama ahli panel Pegawai Jabatan Insolvensi Malaysia dan Penasihat Kewangan AKPK iaitu, Encik Mohd Adnan Anan bin Abdullah.