Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN YB MENTERI KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA CAWANGAN KEDAH

7 Ogos 2023

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said meluangkan masa untuk melawat Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kedah. Lawatan YB Menteri turut diiringi Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Tuan M. Bakri bin Abd Majid. Lawatan YB Menteri ini bukan sahaja untuk melihat sendiri operasi di cawangan MdI bahkan bagi mengenalpasti sebarang isu yang dihadapi untuk ditangani bagi memperkukuhkan pentadbiran MdI.

Selain itu, lawatan YB Menteri ini juga disusuli dengan penyerahan Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi kepada 10 bekas bankrap di mana pelepasan yang diberikan ini selari dengan hasrat Kerajaan Madani bagi memberi peluang kedua kepada bankrap.