Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT MDI NEGERI KEDAH KE JPJ NEGERI KEDAH
7 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah bertempat di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Kedah, Alor Setar.
Delegasi MdI Negeri Kedah diketuai oleh Puan Qatrin Nada binti Harun, Pengarah Insolvensi Negeri Kedah dan disambut oleh Tuan Stien Van Lutam, Pengarah JPJ Negeri Kedah bersama pegawai-pegawai JPJ.
Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua jabatan untuk membincangkan perkara berkaitan siasatan kes dan penguatkuasaan, di samping bertukar pandangan mengenai urusan yang melibatkan bidang tugas kedua-dua pihak.
Kunjungan ini diharap dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara MdI Negeri Kedah dan JPJ Negeri Kedah serta memudahkan penyelarasan urusan antara kedua-dua jabatan.
MdI Negeri Kedah turut merakamkan penghargaan kepada JPJ Negeri Kedah atas kesudian menerima kunjungan dan kerjasama yang diberikan.

