Galeri Foto

Photo Gallery

MESYUARAT PROGRAM SANTUNI MADANI - GO GREEN MUARA SUNGAI BESUT, TERENGGANU

8 Februari 2025

YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia, telah menganjur dan menyantuni 𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙎𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙞 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 – 𝙂𝙤 𝙂𝙧𝙚𝙚𝙣 𝙈𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙎𝙪𝙣𝙜𝙖𝙞 𝘽𝙚𝙨𝙪𝙩, 𝙏𝙚𝙧𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙪.
Program ini melibatkan penyertaan warga kerja Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Terengganu ,Kelantan dan Putrajaya yang juga diketuai oleh Encik Mohd Sufian bin Hassan (Pengarah Unit Integriti, Jabatan Insolvensi Malaysia,Putrajaya), Geng Plastik Ija (GPI) Daerah Besut, serta penduduk kampung setempat.
Turut hadir dan menyokong program ini adalah 𝙆𝙚𝙩𝙪𝙖 𝙋𝙖𝙨𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙂𝙋𝙄, 𝙋𝙪𝙖𝙣 𝘼𝙛𝙞𝙛𝙖𝙝, yang bersama-sama penduduk kampung menyertai aktiviti 𝘱𝘭𝘰𝘨𝘨𝘪𝘯𝘨. Program ini turut mendapat kerjasama daripada wakil 𝐉𝐊𝐊𝐏, 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 & 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭, 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮.
Lokasi program ini bersebelahan jeti utama Kuala Besut, yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Perhentian.
PENCAPAIAN PROGRAM:
✔️ Hasil kutipan pembersihan: 115kg sisa bukan organik
🔹 Sampah campuran: 105kg
🔹 Botol plastik: 10kg
✔️ Aktiviti tambahan: Pemangkasan ranting dan pokok
PENGHARGAAN:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐨𝐥𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan usaha bagi menjayakan program ini, terutamanya:
✅ Encik Wan Mohd Muzakkir bin Wan Muda (Majlis Daerah Besut)
✅ Encik Mohd Khaizol bin Che Mohd Noor (Penghulu Mukim Daerah Besut)
✅ Encik Mohd Zawawi bin Othman (JPKKP Mukim Besut)
✅ Encik Mohd Daimi bin Alias (Pegawai Daerah Besut)
✅ Pejabat Tanah & Daerah Besut, Terengganu
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan demi kelestarian alam sekitar dan kelangsungan kehidupan lautan, flora serta fauna.