Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT MDI CAWANGAN TEMERLOH KEPADA YANG ARIF HAKIM MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH
8 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Temerloh telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Arif Tuan Ariff Azami bin Hussein, Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh.
Delegasi MdI Cawangan Temerloh diketuai oleh Puan Nor Hazalifa binti Zakaria, Ketua Cawangan, bersama pegawai-pegawai MdI Cawangan Temerloh.
Kunjungan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara berkaitan urusan dan bidang tugas masing-masing, di samping mengeratkan hubungan kerja antara MdI Cawangan Temerloh dan Mahkamah Tinggi Temerloh.
Kunjungan ini diharap dapat meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak serta melancarkan urusan berkaitan pada masa akan datang.

