Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT MDI CAWANGAN KUANTAN, PAHANG KE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA CAWANGAN KUANTAN
9 Februari 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuantan, Pahag telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kuantan sebagai usaha meningkatkan hubungan kerjasama antara agensi.
Sesi ini diketuai oleh Puan Haryati binti Abdullah, Pengarah Insolvensi Negeri Pahang, bersama Puan Nur Najwa Aqilah binti Khairul Anuar, Penolong Pengarah Insolvensi Negeri Pahang serta pegawai-pegawai kanan MdI.
Pihak LHDNM Cawangan Kuantan diwakili oleh Encik Amlin bin Mahir, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Kuantan.
Sesi ini menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan ke arah memperkukuh kerjasama strategik antara MdI dan LHDNM khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran kes yang melibatkan kepentingan bersama.
Â

