Galeri Foto

Photo Gallery

HARI TERBUKA MDI CAWANGAN TEMERLOH : “URUS KEWANGAN ELAK MUFLIS”

9 SEPTEMBER 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Temerloh telah menganjurkan Hari Terbuka MdI Cawangan Temerloh bertemakan “Urus Kewangan Elak Muflis” bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh.
Program yang melibatkan kira-kira 300 peserta ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan fungsi MdI, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang baik.
Antara pengisian program ialah sesi “Kenali MdI” yang disampaikan oleh Puan Nor Hazalifa binti Zakaria, Ketua Cawangan MdI Temerloh, diikuti sesi Pocket Talk oleh pegawai MdI yang menyentuh perkara berkaitan kebankrapan, likuidasi, penyiasatan dan mahkamah.
Program turut menampilkan sesi perkongsian oleh seorang individu yang telah mendapat pelepasan daripada kebankrapan mengenai pengalaman dan perjalanan beliau sepanjang melalui proses kebankrapan.
Hari Terbuka ini turut disertai 13 agensi kerajaan dan korporat melalui pembukaan reruai pameran dan kaunter perkhidmatan, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat secara terus daripada agensi yang terlibat.
Secara keseluruhannya, Hari Terbuka MdI Cawangan Temerloh telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama MdI Cawangan Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh serta agensi kerajaan dan korporat yang terlibat. Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan kewangan dan peranan Jabatan Insolvensi Malaysia.