Galeri Foto

Photo Gallery

CERAMAH KESEDARAN KEBANKRAPAN KEPADA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT, JOHOR

23 Julai 2025

🗓️Tarikh: 23 Julai 2025
📍 Lokasi: Kolej Vokasional Batu Pahat, Johor
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Muar, Johor telah mengadakan sesi ceramah berkaitan pengurusan kewangan dan kebankrapan kepada para pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat, Johor.
Pelaksanaan ceramah ini adalah selaras dengan matlamat MdI untuk memperluas program literasi kewangan di peringkat IPTA dan IPTS, dengan memberi tumpuan kepada golongan muda sebagai langkah pencegahan awal terhadap risiko kewangan yang serius.
Penyampaian ceramah dikendalikan oleh Cik Nor Faizah binti Abu Bakar, Pegawai Insolvensi dari Unit Kebankrapan, yang berkongsi maklumat berkaitan kepentingan pengurusan kewangan peribadi, risiko hutang tidak terkawal, serta peranan MdI dalam mentadbir kes kebankrapan di Malaysia.
Program ini bertujuan membentuk kesedaran awal dalam kalangan pelajar mengenai tanggungjawab kewangan dan membina asas ke arah kehidupan bebas hutang dan lebih stabil.
Jabatan Insolvensi Malaysia kekal komited dalam memperkasa literasi kewangan generasi muda melalui kolaborasi bersama institusi pendidikan tinggi di seluruh negara.