Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) KE PEJABAT JABATAN INSOLVENSI NEGERI PULAU PINANG
14 Ogos 2025
Jabatan Insolvensi Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), dalam satu lawatan kerja rasmi bertempat di Aras 9, Bangunan Persekutuan, Pulau Pinang.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi tinjauan dan lawatan ke ruang pejabat Jabatan Insolvensi Negeri Pulau Pinang, yang disantuni oleh Pengarah Insolvensi Negeri, YBrs. Puan Zaridah binti Y Abdul Jaapar, diikuti dengan ucapan ringkas YB Timbalan Menteri yang menyentuh pelbagai aspek penting termasuk usaha memperkasa operasi jabatan, menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan inisiatif pendigitalan dokumen ke arah meningkatkan kecekapan tadbir urus.
Dalam sesi tersebut, turut diadakan pembentangan ringkas oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia yang memberi gambaran menyeluruh berkenaan perkembangan semasa dan inisiatif yang sedang dilaksanakan, termasuk berkaitan penyelarasan operasi pentadbiran kes-kes kebankrapan.
MdI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YB Timbalan Menteri hadir dan terus menyokong usaha jabatan dalam menyokong agenda reformasi undang-undang dan meningkatkan keberkesanan sistem pentadbiran insolvensi di Malaysia.