Galeri Foto
Photo Gallery
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH OLEH FAKULTI DIPLOMA AKAUNTANSI, JABATAN PERDAGANGAN, POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
9 Oktober 2025
KUCHING, 9 Oktober 2025 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuching telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk “Winding Up in Malaysia: Law, Practise and Challenges” sempena Industry Expert Enrichment Program (IEEP) anjuran Fakulti Diploma Akauntansi, Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak.
Ceramah yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching ini disampaikan oleh Puan Suriyati Binti Ismail, Pegawai Insolvensi Kanan I merangkap penceramah bagi program tersebut.
Program ini menghimpunkan seramai 146 pelajar Semester 3 Diploma Akauntansi dan turut dihadiri oleh Puan Hajah Normala Binti Hj Jaya, Ketua Jabatan Perdagangan, serta Puan Siti Nurfaizah Binti Abu, Pensyarah Kursus Undang-undang Syarikat.
Antara objektif penganjuran adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peranan dan fungsi Jabatan Insolvensi Malaysia, keperluan undang-undang berkaitan penggulungan syarikat, serta memperkukuh kefahaman mereka terhadap situasi sebenar dalam pengurusan kes insolvensi.
Program ini juga menjadi platform kolaborasi strategik antara MdI dan institusi pendidikan tinggi bagi memperluas jaringan akademik serta melahirkan pelajar yang celik undang-undang dan berintegriti dalam bidang pengurusan kewangan serta korporat.

