Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA BERSAMA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
16 Disember 2025
Putrajaya, 16 Disember 2025 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Khas bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Aras 3 Selatan, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Putrajaya.
Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, sebelum diteruskan oleh YBhg. Datuk Ahmad Khairuddin bin Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Cawangan Khas), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), yang seterusnya memulakan sesi perbincangan mengikut agenda yang telah ditetapkan.
Perbincangan telah memfokuskan kepada beberapa perkara utama melibatkan isu pentadbiran dan isu operasi antara LHDNM dan MdI, antaranya:
✅Akses dan fungsi tanpa bayaran, termasuk isu carian status insolvensi;
✅Pembayaran dividen melibatkan kes-kes berkaitan cukai; dan
✅Pelantikan pelikuidasi swasta, selaras dengan peruntukan dan amalan sedia ada.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara MdI dan LHDNM, di samping meningkatkan kecekapan penyelarasan operasi serta penyampaian perkhidmatan kepada pihak berkepentingan.
Secara keseluruhan, sesi libat urus ini telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan melalui pertukaran pandangan secara konstruktif antara kedua-dua agensi.
#jabataninsolvensimalaysia
#lhdnm
#uuri
#MalaysiaMADANI