Galeri Foto
Photo Gallery
MESYUARAT JAWATANKUASA PENTADBIRAN AKAUN AMANAH (JPAA) JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA BIL.1 TAHUN 2026
20-21 MEI 2026
Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah (JPAA) Jabatan Insolvensi Malaysia Bil.1 Tahun 2026 telah berlangsung pada 20 hingga 21 Mei 2026.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi serta dihadiri ahli-ahli Jawatankuasa bagi membincangkan hal ehwal berkaitan pengurusan dan pentadbiran Akaun Amanah Jabatan.
Penganjuran mesyuarat ini bertujuan memastikan tadbir urus Akaun Amanah dilaksanakan secara sistematik, telus dan selaras dengan peraturan serta ketetapan yang sedang berkuat kuasa.

