Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SARAWAK KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
10 JUN 2026
Putrajaya, 10 Jun 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Perumahan, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) bagi sesi libat urus mengenai perkongsian maklumat serta integrasi sistem antara kedua-dua agensi.
Delegasi MPHLG diketuai oleh TPr. GS. Augustine Ling Han Hie, diiringi pegawai-pegawai kanan kementerian, wakil teknikal, serta wakil daripada Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.
Perbincangan tertumpu kepada mekanisme integrasi sistem sedia ada milik MdI, selain meneliti akses data masa nyata bagi individu atau syarikat yang diisytiharkan muflis. Kedua-dua pihak turut mengulas aspek teknikal serta keperluan khusus bagi menjayakan cadangan integrasi tersebut.
Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, hadir menyambut kedatangan delegasi MPHLG dan berkongsi pandangan mengenai hala tuju kerjasama yang dicadangkan.
Sesi libat urus ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Â

