Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI JOHOR KE ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI JOHOR
3 JULAI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat ke Arkib Negara Malaysia Negeri Johor bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi serta berkongsi pandangan berkaitan pengurusan rekod dan arkib.
Sepanjang kunjungan tersebut, delegasi diberi penerangan mengenai fungsi Arkib Negara Malaysia dalam pengurusan rekod awam dan pemeliharaan dokumen negara. Delegasi turut berpeluang melihat koleksi dokumen serta rekod bersejarah yang dipelihara sebagai khazanah negara.
MdI Negeri Johor turut berkongsi maklumat mengenai fungsi dan peranan jabatan, khususnya berkaitan pentadbiran kebankrapan serta perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat. Kunjungan ini diharap dapat mengukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi serta menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berkualiti.

