Merancang, membangun dan menyokong sistem, infrastruktur dan perkhidmatan digital yang menjadi tulang belakang operasi Jabatan Insolvensi Malaysia, bagi memastikan perkhidmatan insolvensi yang pantas, selamat dan boleh dipercayai.
Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit utama iaitu :
UNIT PEMANTAUAN SISTEM
Membangun dan menyelenggara aplikasi teras (INSIST) serta aplikasi sokongan jabatan.
Menyelaras integrasi sistem antara jabatan serta membangun portal dan multimedia.
Memastikan keselamatan data dan integriti maklumat melalui pengukuhan aplikasi berterusan.
Menyediakan sokongan teknikal dan latihan kepada pengguna.
UNIT OPERASI DAN BANTUAN TEKNIKAL
Mengurus aset ICT, rangkaian dan e-mel rasmi.
Memproses permohonan carian status kebankrapan dan penggulungan syarikat.